14 Oktober 2016 - 07:18
Saudi Mahu Kami Putuskan Hubungan Dengan Iran: Assad.

Presiden Syria Bashar Assad berkata di dalam sebuah temuramah bahawa Arab Saudi berjanji akan menyokong beliau jikalau Damsyik sanggup memutuskan hubungannya dengan Tehran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Syria Bashar Assad berkata di dalam sebuah temuramah bahawa Arab Saudi berjanji akan menyokong beliau jikalau Damsyik sanggup memutuskan hubungannya dengan Tehran.

"Jikalau kami menjauhkan diri daripada Tehran dan mengumumkan bahawa kami menolak sebarang bentuk hubungan dengan Iran, mereka berkata yang mereka akan bantu saya," kata Assad kepada agensi surat khabar Komsomolskaya Pravda yang berpusat di Rusia. Beliau juga mengatakan bahawa tawaran itu dibuat pada peringkat awal konflik itu tercetus.

Presiden Syria itu juga berkata bahawa Arab Saudi giat membantu penyebaran fahaman Islam radikal di seluruh dunia. "Perkara utama ialah menghentikan aliran duit Saudi yang disediakan oleh kerajaan Riyadh, NGO mereka serta institusi-institusi yang menyebarkan fahaman Wahhabi di seluruh dunia Islam," tambah Assad.

Konflik di Syria yang menyaksikan pertembungan di antara tentera kerajaan dan kumpulan militan yang ditaja oleh kerajan asing telah meragut nyawa ratusan ribu manusia. Kumpulan pengganas seperti ISIS dan Jabhat Fatah al-Sham adalah sebahagian daripada produk pemikiran Wahhabi yang lahir melalui konflik tersebut.

Sebuah mesyuarat yang akan membincangkan isu konflik di Syria dengan penyertaan Rusia, A.S dan kuasa serantau seperti Turki dan Arab Saudi dijangkakan akan berlangsung pada hari Sabtu ini.